how too be "WANITA SOLEHAH"

assalamualaikum sahabat semua.. :)


ehem ehem...sila baca tajuk post..
da??
kemain lagi mizz princess charming berbahasa omputih..
oke bukan itu isu nya..
tadi dalam perjalanan membelogwalking blog orang (tunggang langgang da bahasa..maapppp)..
jumpa satu artikel yang menarik minat cik ieqa nih..
yang boleh dijadikan peringatan untuk diri sendiri dan berkongsi dengan sahabat2 perempuan saya..
meh kita tengok meh yayunk2 kuh.. :)


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja yaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami



1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

*Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
*Wajib menutup aurat
*Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
*Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya
*Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
*Berbuat baik kepada ibu & bapa
*Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
*Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
*Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami

*Memelihara kewajipan terhadap suami
*Sentiasa menyenangkan suami
*Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
*Tidak cemberut di hadapan suami.
*Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
*Tidak keluar tanpa izin suami.
*Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
*Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
*Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
*Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga



miss princess charming: hmm..2 syaratttt je untuk jadi seorang wanita solehah.sikit je kan?tapi kenapa ramai yang susah nak ikut ya?malah ada yang malu kalau dapat gelaran macam tu.ada yang kata belum masanya untuk berubah,ta dibuka pintu hati lagi dan macam2 jawapan.ta teringin menjadi seorang wanita solehah??saya teringin sangat2..terus terang cemburu melihat sahabat2 yang bertudung labuh,baik luar baik dalam,serba serbi nampak sempurna..ya..ta semestinya nak jadi solehah perlu bertudung labuh segala..ta perlu .. cukup menjaga batas aurat..tapi hati sejuk bila melihat mereka.. :)
syarat ke-2 saya ta perlu ikut lagi..tapi insyaAllah syarat pertama akan dilaksanakan..walaupun ta sempurna tapi akan berusaha sebaik-baiknya..masih dalam membaikpulih diri luar dan dalam..juga masih perlukan bimbingan..semoga diri ini dapat bertemu denganNYA dalam keadaan yang diredhai olehNYA..insyaAllah.. :)